Lepas Janna Nick menang, Dini Schatzmann masuk hospital

Lepas Janna Nick menang, Dini Schatzmann masuk hospital

Kegembiraan pelakon Dini Schatzmann meraikan kejayaan kekasihnya, Janna Nick yang meraih Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-34 (ABPBH34) terbantut apabila dia dimasukkan ke hospital akibat demam dan jangkitan kuman.

Dini ketika dihubungi berkata, selepas mengalami demam hampir dua minggu dia akhirnya nekad ke sebuah pusat perubatan di Damansara, Selangor, semalam.

“Kalau diikutkan saya sudah demam hampir dua minggu. Pada awalnya saya hanya mengalami demam biasa kerana selepas makan Panadol saya sudah okey. Saya juga sudah buat ujian saringan Covid-19 hampir tiga kali dan semua keputusan negatif.

“Semalam ketika ke hospital suhu badan saya naik sehingga 39.6 darjah selcius dan tekak serta hidung rasa tidak selesa. Selepas doktor ambil darah dia beritahu saya ada jangkitan bakteria. Jadi, sekarang saya sedang berehat dan dapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Menurut Dini, dia kemungkinan akan ditahan di wad untuk beberapa hari sebelum dibenarkan pulang. “Mungkin saya akan ditahan dua atau tiga hari lagi kerana masih dalam pemantauan. Terima kasih kepada semua yang beri kata-kata semangat dan mendoakan kesembuhan saya. Alhamdulillah keadaan saya sekarang beransur pulih dan nak kembali bekerja seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, Janna menerus Instagram Story memuat naik foto dia memegang tangan kekasihnya yang sedang terbaring di katil hospital.

“Poor baby Dini Schatzmann,”tulisnya.

Pada malam kemuncuk ABPBH34 kelmarin, pasangan itu menarik perhatian ramai apabila tampil dengan fesyen unik dengan mengenakan topeng penuh.

Janna tampil dengan busana sekuin rona perak manakala Dini menggayakan sut rona hitam dengan topeng memaparkan angka enam.

Rata-rata pengguna media sosial melabelkan pasangan bahagia itu sebagai Kim K dan Squid Game versi Malaysia.

Janna merangkul anugerah utama selepas meraih 86 juta undian daripada peminat. Selain itu, dia turut membawa pulang trofi Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular. HM

Lepas Janna Nick menang, Dini Schatzmann masuk hospital


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker