Ben Amir pertahan trofi di ABPBH34

Ben Amir pertahan trofi di ABPBH34

Aktor Ben Amir sekali lagi menggenggam trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Ini kemenangan kali kedua Ben atau nama sebenar, Muhammad Amir Sabaruddin di pentas ABPBH selepas lapan tahun aktif dalam dunia seni.

Ben yang mencipta gelombang populariti menerusi drama Sweet Dreams dan Chandelier menewaskan pencabar terdekat seperti Shukri Yahaya, Adam Lee, Hun Haqeem dan Nazim Othman.

“Berjaya genggam trofi Pelakon TV Lelaki Popular dua tahun berturut-turut bukan perkara mudah. Ini adalah penghargaan besar peminat buat saya.

“Syukur, Alhamdulillah… Saya memang terkejut, apatah lagi, bersaing dengan finalis popular dalam kategori ini, tahun ini.

“Saya tidak sangka masih menang di hati peminat, biarpun berada dalam era pandemik. Kebanyakan pelakon tidak aktif ketika pandemik, tetapi saya pula masih membawa harapan peminat.

“Sudah tentu keluarga, syarikat pengurusan dan kelab peminat, Ben Amir Official FC menjadi tulang belakang untuk saya terus mempertahankan trofi ini. Terima kasih atas budi yang tidak mampu dibalas ini,” katanya kepada BH Online.

Ben mahu meraikan kejayaan bersama peminat dalam majlis doa selamat, tidak lama lagi.

“Tahun lalu, saya hanya sempat bertemu mereka dalam majlis yang dianjurkan secara virtual,” katanya.

Diperkenalkan menerusi drama Fira Ayuni pada 2013, Ben mengambil masa selama enam tahun sebelum menempa populariti menerusi drama Sweet Dreams bergandingan dengan Mira Filzah.

Kemudian, bekas graduan jurusan pengajian perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini mencuri perhatian menerusi drama Chandelier, tahun lalu.

Bergandingan dengan Mimi Lana, lakonan ‘sweet’ Ben dan Mimi membuatkan penonton terbuai dan menjadi trending. BH

Ben Amir pertahan trofi di ABPBH34


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker