Asif Mail Totey tewaskan tiga pelawak popular

Asif Mail Totey tewaskan tiga pelawak popular

Remaja kelainan upaya (autisme), Asif Suhaimi, 19, melakar sejarah peribadi apabila menewaskan empat calon senior lain dalam kategori Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34).

Asif yang dikenali menerusi drama pendek di YouTube dan filem Mael Totey The Movie arahan Syahmi Sazli menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce.

“Terima kasih kepada peminat dan penyokong yang tidak lokek mengundi saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sanak-saudara, semualah. Kalian terbaik! Saya gembira terima anugerah ini. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan ini,” katanya.

Asif yang ditemani Syahmi berkata, kemenangan ini tidak akan sama sekali mengubah sikapnya.

“Sama sahaja. Tiada yang berubah. Saya masih Asif yang dahulu. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bersemangat berkongsi kelebihan yang ada di sebalik kekurangan diri. Saya tidak akan lupakan jasa dan kebaikan Syahmi yang membuka jalan selama ini,” katanya.

Sementara itu, Syahmi berkata, dia akan memulakan penggambaran filem baharu, 35 MM yang akan menampilkan Asif dan beberapa pelakonnya yang lain. HM

Asif Mail Totey tewaskan tiga pelawak popular


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker