Rita Rudaini bidas kredibiliti seorang doktor
Rita Rudaini bidas kredibiliti seorang doktor
Tidak habis-habis menzahirkan pertikaian tentang keberkesanan vaksin Covid-19, aktres popular Rita Rudaini kali ini mempersoalkan kredibiliti seorang pakar perubatan berhubung satu ciapan sinis dalam Twitter berkaitan golongan yang enggan mengikuti undang-undang di negara ini.
Akui Rita, dia tidak menyangka apabila seseorang yang berpendidikan tinggi apatah lagi menggunakan gelaran doktor sebagai pangkal nama menulis satu kenyataan seperti tidak logik dengan tahap pendidikan dimiliki.
Kecewa dengan perkara tersebut, pelakon drama Shah Alam 40,000 itu berkata, rupa-rupanya individu terbabit hanya bijak di atas kertas.
“Siapakah dia? Pangkat doktor itu untuk apa ya? Jika bermaksud doktor, saya amat terkejut juga dengan pemikiran daripada otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya.
“Baru saya tahu, tidak semestinya orang yang belajar tinggi semuanya bijak. Hanya pandai atas kertas peperiksaan bidang mereka sahaja,” balas Rita.
Terdahulu, seorang pemilik akaun Twitter menghantar satu ciapan agar golongan yang enggan mematuhi undang-undang di Malaysia seharusnya keluar dari negara ini. Ciapan tersebut dipercayai merujuk kepada golongan antivaksin yang berdegil enggan menjadi sebahagian penerima vaksin Covid-19.
“Kepada sesiapa yang tidak mahu mematuhi peraturan di Malaysia, sila tinggalkan negara ini. Kami tidak mahu anda di sini.
“Kepada rakyat negara ini yang antivaksin, anda boleh kekal dan golongan minoriti. Namun tinggallah dalam gua, kalau gua nak terimalah, terima kasih,” ciap doktor yang popular dalam kalangan pengguna Twitter itu.
Sebelum ini, ibu tunggal kepada dua anak lelaki itu sering berdepan kecaman ramai kerana sering mengeluarkan beberapa kenyataan berkaitan vaksin. K Online
Rita Rudaini bidas kredibiliti seorang doktor
Baca Artikel Menarik :
- Kemungkinan ahli Pas sabotaj calon Bersatu
- Saya puasa untuk elak beli tuala wanita – pemain biola
- Rafiq tinggalkan pengundi DUN Paya Rumput demi kerusi selamat
- Serangan kudis herpes
- Beli Dulu, Bayar Kemudian Memang Syok Tapi Ketahui Hukumnya Dalam Islam
- UMNO tak mungkir janji cuma tangan dihulur tak disambut Pas
- “Lahabau Melaka, Jom Undi”, Teo minta maaf
- Resepi Siakap Kayangan Kontroversi
- Duit lesap, rumah pula disewakan
- Harga ayam mungkin terus naik – Bos Mydin
Layari Laman Facebook MYKMU
Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]