Calon PM dari BN buat Bursa Malaysia lonjak 21 mata

Calon PM dari BN buat Bursa Malaysia lonjak 21 mata. Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan positif dan ditutup lebih tinggi semalam, dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,523.6 mata, melonjak 20.69 mata atau 1.4 peratus daripada 1,502.90 mata, kelmarin.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 633 berbanding 372. Sementara 418 lagi kaunter diniagakan tidak berubah, manakala 776 kaunter tidak didagangkan.

Penganalisis Bank Islam Malaysia Berhad, Adam Mohamed Rahim berkata, bursa tempatan juga telah mengatasi pasaran serantau dengan kebanyakannya mengalami kemerosotan berikutan tindakan tegas China terhadap syarikat teknologi untuk sektor internet yang melarang persaingan tidak adil dan menyekat penggunaan data pengguna.



Indeks Hang Seng misalnya, jatuh 435.59 kepada 25,745.87 sementara Nikkei jatuh 98.72 kepada 27,424.47, Shanghai pula susut 70.37 untuk ditutup pada 3,446.98 dan Straits Times Singapura susut 27.01 kepada 3,118.51

Menurut Adam, di peringkat domestik, indeks FBM KLCI disokong oleh aktiviti tawar-menawar setelah penurunan sebanyak 0.2 peratus pada Isnin lalu.

“Nampaknya, kelonggaran sekatan perjalanan terbaharu bagi individu yang telah divaksin sepenuhnya telah menghidupkan semula permainan tematik berkaitan pemulihan ekonomi yang dapat dilihat daripada kenaikan harga saham bahan binaan seperti Press Metal Aluminium Berhad serta saham perbankan dan perladangan.

“Lebih menarik, kaunter sarung tangan seperti Hartalega dan Top Glove mencatatkan kenaikan memandangkan permintaan global untuk sarung tangan getah akan kekal tinggi dan bekalan berlebihan tidak akan menjadi masalah buat masa ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Ujarnya, walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan, peranan Perdana Menteri sementara yang dimainkan oleh beliau sebelum pelantikan Perdana Menteri baharu akan membantu memastikan usaha vaksinasi berjalan dengan lancar.

Mengulas lanjut, Adam memberitahu, ringgit pula telah mengalami kejatuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana pelabur sedang menunggu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

“Ringgit yang lemah tewas dengan harga minyak mentah Brent yang lebih rendah kerana jangkaan pengeluar utama tidak akan meningkatkan pengeluaran dalam masa terdekat mengatasi kebimbangan melambatkan permintaan semasa kes jangkitan varian Delta sedang melonjak,” katanya.

Calon PM dari BN buat Bursa Malaysia lonjak 21 mata




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker