Muzik video Beby Acha lucah?

Muzik video Beby Acha lucah?

“Kita tak boleh nak halang pemikiran orang dari berfikir yang bukan-bukan termasuk ke arah negatif,” kata penyanyi Beby Acha berhubung kecaman peminat terhadap muzik video lagu nyanyiannya, Jerung Merah yang dikatakan berbaur lucah.

Ia berikutan muzik video lagu Jerung Merah yang dimuat naik menerusi saluran YouTube MVM Music itu mengandungi maksud tersirat penggunaan pisang dalam beberapa babak.

Beby Acha atau nama sebenarnya Nur Aishah Md Shari yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin berkata, sebelum penggambaran muzik video, dia langsung tidak tahu jalan cerita yang akan ditampilkan. “Saya cuma tahu lagu ini menceritakan ragam suami isteri di mana isterinya suka mengamuk disebabkan suami main kayu tiga.

“Semasa hari pertama penggambaran barulah saya dapat tahu jalan ceritanya begini. Pada saya ia okay saja. Ini kerana pemikiran setiap orang berbeza dan ada yang pandang ia biasa saja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, muzik video Jerung Merah baru seminggu dikeluarkan dan dia mengakui berdepan banyak kecaman.

“Mereka kata muzik video ini ke arah ‘soft porn’. Kalau fikiran mereka ke arah lain kita tak boleh buat apa. Pada saya ibaratnya macam benda itu makanan saja. Tidaklah saya fikir ke arah lain sebab pisang atau apa. Memanglah kalau ikut pemikiran ada yang fikir ke arah lain. Saya akui tipulah kalau tak terkesan dengan apa yang berlaku.

“Saya ada juga minta maaf sebelum ini kerana ramai juga peminat yang menanti muzik video lagu ini selepas mereka suka lagunya apabila dimasukkan di TikTok Jerung Merah Challenge,” katanya.

Beby Acha berkata, selepas teaser muzik video ini dikeluarkan, peminat menanti muzik video pula di YouTube.

“Lagunya mereka suka, cuma tak suka jalan cerita muzik video ini. Apapun saya minta maaf kepada peminat yang sokong saya dari awal.

“Insya-Allah akan ada lagi muzik video akan datang. Apa yang peminat tak puas hati saya dan pasukan akan perbaiki satu persatu,” katanya.

Muzik video Jerung Merah arahan Steve dan terbitan Bratt itu sudah mencatat hampir 600,000 tontonan. HM

Muzik video Beby Acha lucah?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker