Suara macam pondan pencen, Iqbal tak patah semangat

Suara macam pondan pencen, Iqbal tak patah semangat

USAHAWAN sensasi Iqbal Zulkefli meluahkan kekecewaan terhadap pengarah popular Michael Ang yang dengan lantang mengkritik dirinya susulan bakal melancarkan single baharu hari ini.

Hari ini, Iqbal bakal melancarkan single terbarunya yang berjudul Hujan hasil inspirasi daripada kisah benar suka duka kehidupannya.

Walaupun ramai netizen sudah tidak sabar menanti lagu tersebut keluar secara rasmi melalui YouTube Rusa Music, ia telah mendapat kritikan daripada pengarah terkenal, Michael Ang.

Pemilik syarikat penerbitan Cube Fil Sdn Bhd itu seakan ‘mengutuk’ dengan mengatakan suara Iqbal seperti ‘pondan pencen’ menerusi satu siaran langsung di Instagram bersama Vida.

Namun, kritikan dan kata-kata Michael itu tidak mematahkan semangat Iqbal dan dia berkata nantikan sahaja lagunya yang bakal keluar pada hari ini.

“Silakan sajalah selagi boleh memaki, maki saja cakap saya suara kepit macam pondan pencen dan kata saya b***i.

“Tunggu sahajalah 1 November ini lagu Hujan saya keluar,” luahnya.

Dalam pada itu, Iqbal turut menempelak Michael yang sebelum ini menuduh mempergunakan dirinya sebagai satu strategi pemasaran sampah.

“Siapa yang sebut nama siapa dulu sebenarnya? Dari awal bulan lepas lagi sebab nama saya, berhari-hari, memaki saya bertubi-tubi.

“Namun saya tidak pernah menjawab kerana bagi saya dia hanya suka bercakap-cakap.

“Tiba waktu saya menjawab fitnah dia, terus katakan jangan gunakan nama dia untuk pemasaran (marketing) sampah. Pening,” katanya.

Jelasnya lagi, dia sangat menghormati Michael sebagai seorang yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni.

Malah, Iqbal menyifatkan tuduhan Michael mengenai dirinya yang sakit jiwa dan khayal adalah sesuatu perkara yang tidak baik.

Iqbal juga meminta untuk berhenti menjatuhkan nama dan imejnya kerana dia sendiri tidak pernah menganggu mana-mana pihak lebih-lebih lagi menggunakan nama pengarah itu untuk strategi pemasaran sampah seperti yang didakwa.

Semalam, iqbal turut berkongsi poster lagu Hujan di Instagramnya yang berkonsepkan filem antarabangsa. Melalui poster itu, tangan dan kaki Iqbal diikat dengan tali untuk kelihatan seperti boneka. Utv

Suara macam pondan pencen, Iqbal tak patah semangat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker