Bapa Anzalna dilantik CEO FINAS

Bapa Anzalna dilantik CEO FINAS

Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengumumkan Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) baharu.

Pengumuman itu dimaklumkan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohamad Mentek menerusi kenyataan akhbar, di sini hari ini sekali gus mengesahkan laporan yang tular sebelum ini.

“Pelantikan ini bagi tempoh dua tahun yang berkuat kuasa mulai 1 November 2021 bagi menggantikan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang berakhir pada 15 Oktober lalu,” katanya.

Terdahulu, tular apabila warganet berkongsi tangkap layar ucapan tahniah yang dimuat naik Universiti Pendidikan Sultan Idris pada Khamis lalu, namun belum lagi disahkan kementerian.

Md. Nasir, 62, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia pada 1986 adalah bapa kepada lima anak perempuan termasuk aktres, Anzalna, Afifah dan Mia.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan Seni dari Universiti McGill, Montreal Kanada pada 1999 dan Ijazah Doktor Falsafah Seni Pendidikan dari Universiti Tasmania, Australia pada 2008.

“Ketokohan cemerlang hasil pengalaman luas dalam bidang pengurusan industri kreatif dan seni budaya terbukti apabila menggalas tanggungjawab pelbagai jawatan,” kata Mohamad.

Ini termasuk pernah dilantik sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) selain menjadi pensyarah di universiti awam lain.

Malah, selain aktif menulis puluhan buku dan kajian ilmiah, bekas guru di beberapa sekolah menengah di Johor itu pernah meraih Anugerah Guru Inovatif di negeri tersebut pada 1995.

Bekas pelajar terbaik Diploma Kajian Seni Reka di Universiti Teknologi Mara pada 1986 itu banyak menerima pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa.

Kementerian itu, ujarnya, yakin kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang berkenaan mampu memacu Finas sebagai badan peneraju pembangunan industri perfileman tanah air.

“Saya percaya sinergi antara beliau dan ahli-ahli Finas akan terus memantapkan hala tuju, perancangan dan pelaksanaan komprehensif industri sehingga tahap global,” katanya. Utusan

Bapa Anzalna dilantik CEO FINAS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker