Nazim ikut jejak Fizo Omar

Nazim ikut jejak Fizo Omar

CERITA tentang ahli Kelab Duda Terlajak Konar nampaknya masih belum tamat.

Terbaharu, salah seorang ahli kelab tersebut iaitu Nazim Othman memuat naik sekeping foto yang mengundang tawa ramai.

Mana tidaknya, dia pula meniru foto perkahwinan Fizo Imar dengan isteri, Fazeera Nazri Azrai di sebalik langsir berwarna putih baru-baru ini.

Dalam foto tersebut, Nazim lengkap berbaju Melayu dan memakai tanjak sementara si pengantin pula berdiri membelakangi kamera. Memang sama seperti foto Fizo.

“Mengikut jejak langkah idolaku Fizo Omar,” tulis Nazim diikuti dengan emoji menadah tangan seperti berdoa.

Paling menggamat suasana, Sharnaaz pula muncul dengan komen lucu.

“Kau jangan, siapa nak buat minit mesyuarat persatuan kita,” komennya.

Macam-macam hal ya. Semoga semua ahli kelab tersebut akan bertemu jodoh segera mengikut jejak langkah Fizo. K Online

Nazim ikut jejak Fizo Omar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker