Jangan kaitkan saya dengan politik negara – Sajat
Jangan kaitkan saya dengan politik negara – Sajat
Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, meminta agar isunya tidak dipolitikkan pihak-pihak tertentu.
Melalui satu hantaran di InstaStory, Nur Sajat berkata, dia meminta agar pihak-pihak berhenti menggunakan namanya dalam apa jua isu-isu dalam negara.
“Hal-hal politik, tolong jangan kait dengan saya, korang yang lembik tiba-tiba nak cakap macam sajat.
“Urusan politik terumbang-ambing stop (berhenti) guna nama Sajat. Saya perasan bila guna nama saya, semua benda yang lebih penting diam membisu,” katanya hari ini.
Tambahnya lagi, dia yang kini berada di Australia merasakan namanya sering digunapakai untuk mengaburi mata orang ramai terhadap isu-isu lain.
“Saya sudah berada di Australia, kenapa mahu disebut-sebut hal saya, suka hati korang lah.
“Memang mereka guna isu Sajat nak tutup segala masalah besar kat Malaysia itu, ‘corruption’ kan,” jelasnya.
Terdahulu, pada 18 Oktober lalu, Sajat, telah berhijrah ke Australia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Sebelum itu, polis turut mengesahkan Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki berperwatakan seperti wanita warganegara tersebut ketika serbuan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.
Pada 9 September lalu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.
Kosmo! baru-baru ini, melaporkan Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis di negara ini selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini. K Online
Jangan kaitkan saya dengan politik negara – Sajat
Baca Artikel Menarik :
- Dedahkan mereka, Najib mahu SPRM dapatkan senarai terima sogokan
- Mereka panggil saya ‘Padayappa’ di Baling – Azeez
- Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
- Semarakkan Perjuangan, Waspada Pihak Nak ‘Bunuh’ UMNO
- Bertengkar semasa goreng kentang, suami celup muka isteri dalam minyak panas
- “Ketika Sungai Furat Kering Akan Ternampak Perbendaharaan Emas, Janganlah Ambil…”–Tanda-Tanda Kiamat Sudah Hampir
- Ustaz lawan hantu air tular
- Lawak lucah, Shuk Sahar suruh tunggu samannya
- Five Guys Kini Dibuka, Harga Burger Bermula RM35
- Baling kongsi pengalaman cakap Tamil dengan gajah, Jelutong ‘melompat naik hantu’ [VIDEO]
- Najib saman Tommy Thomas, kerajaan atas ‘pendakwaan salah’
Layari Laman Facebook MYKMU
Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?