Reen Rahim minta tempoh hingga minggu depan

Reen Rahim minta tempoh hingga minggu depan

Pelakon sensasi, Reen Rahim terus berteka-teki apabila meminta peminatnya bersabar sehingga minggu depan berhubung spekulasi bahawa dia telah dilamar seseorang yang berjaya menambat hatinya.

Reen berkata, dia menerima banyak pertanyaan daripada peminat sejak beberapa hari lalu selepas memuat naik gambar sebentuk cincin dalam Instagram miliknya.

Katanya, ada peminat yang masih menghantar pesanan kepadanya untuk bertanya sama ada benar atau tidak dia telah dilamar seseorang.

“Saya akan jawab semua persoalan November nanti (minggu depan). Buat masa sekarang saya harap semua peminat dapat bersabar.

“Buat masa sekarang, biarlah saya mengunci mulut dahulu daripada memberi sebarang komen lanjut,” katanya.

Terdahulu, tindakan Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 33, me­ngundang persoalan dalam ka­la­ngan peminat selepas mene­rima sebentuk cincin daripada seseorang yang tidak dikenali.

Perkara tersebut membuat­kan ramai tertanya-tanya ada­kah juara pertandingan realiti Pilih Kasih musim ketiga itu dilamar insan istimewa yang berjaya menambat hatinya.

Sebelum ini, Reen pernah menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr. AR sekitar tiga tahun lalu.

Rata-rata peminat dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dipermudahkan.

Tidak setakat itu, terdapat juga netizen yang mendakwa tindakan Reen tersebut sebagai satu gimik untuk projek seni dan perniagaan yang diusahakannya. K Online

Reen Rahim minta tempoh hingga minggu depan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker