Syed Iqmal main TikTok pun salah?

Syed Iqmal main TikTok pun salah?

KALAU dah namanya selebriti, adakalanya semua benda yang dilakukan dikritik. Ada sahaja yang salah di mata netizen. Contohnya yang berlaku terhadap penyanyi dan pendakwah muda Syed Iqmal baru-baru ini.

Iqmal ada memuat naik sebuah video demi mengikut trend tarian menggunakan bunyi muzik yang tular dalam TikTok. Niatnya cuma hiburan, tak lebih daripada itu.

Tapi lain yang jadi apabila ruangan komen video tersebut dihujani kata-kata nista daripada netizen. Dah kenapa pula tu?

Rupa-rupanya, ramai yang cakap, macam tak sesuai apabila seorang pendakwah berstatus Da’i main TikTok, tambahan pula melakukan cabaran tarian trending seperti orang lain.

Walhal, Syed Iqmal tidaklah menari dengan betul pun dalam video tersebut. Separuh jalan saja menggerakkan kedua-dua tangannya, selebihnya dia sambung makan. Alahai, ‘prihatin’ sungguh netizen kita ya.

Tapi Diva setuju dengan komen positif sesetengah netizen yang kata, Syed Iqmal tetap manusia biasa. Jadi biarlah kalau dia nak buat sesuatu yang ‘fun’, asalkan tidak melakukan apa-apa perkara tidak baik. K Online

Syed Iqmal main TikTok pun salah?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima – Ahmad Maslan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker