Gadis Sarawak pilihan hati Fizo Omar

Gadis Sarawak pilihan hati Fizo Omar

Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar akhirnya mendedahkan isteri tercintanya, Fazeera Nazri Aziz, buat tatapan umum di platform Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, pelakon itu memuat naik beberapa hantaran gambar rasmi majlis pernikahannya selepas sah bergelar suami kepada bekas pramugari tersebut.

Perkongsian itu juga dilihat dia bersama pilihan hatinya yang berasal dari Sarawak itu lengkap mengenakan busana pengantin serba putih.

“Kamek sayang kitak,” coret Fizo dalam loghat Sarawak.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan artis turut mengucapkan tahniah buat pasangan dua mempelai itu sekali gus mendoakan agar kekal sehingga Jannah.

“Alhamdulillah, dipermudahkan. Semoga kalian sentiasa berada di bawah rahmat Allah,” komen pelakon Nazim Othman.

“Alhamdulillah, tahniah Abe Joe dan isteri,” tulis juga pelakon Elly Mazlein.

“Alhamdulillah, semoga kekal ke Jannah. Aamiin,” komen seorang peminatnya.

Sebentar tadi, khabar angin bahawa Fizo bakal bernikah akhirnya terjawab selepas pengurusnya, Mimi telah mengesahkan pelakon itu selamat diijab kabulkan, semalam.

Menurut Mimi, Fizo selamat bergelar suami kepada Fazeera, pada jam 10 pagi semalam, di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.

Terdahulu, pelakon itu juga memaklumkan akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini, menerusi hantaran di Instagram ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36. Utusan

Gadis Sarawak pilihan hati Fizo Omar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker