Arja Lee kejar impian jadi menteri

Arja Lee kejar impian jadi menteri

Pelakon Arja Lee, 38, mengakui terdetik untuk menjadi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya suatu hari nanti sekiranya diberikan peluang keemasan itu.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli berkata, impian itu tercetus baru-baru ini selepas dia diberi tugasan menjadi Ketua Media dan Publisiti oleh Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) di Kota Bharu, Kelantan.

“Tugasan saya itu membuka mata banyak perkara berkaitan urusan dengan kementerian terbabit. Ternyata, ia bukan mudah untuk segelintir pejuang warisan budaya serta penggiat seni tempatan.

“Mereka juga berdepan kesulitan tertentu untuk ke depan dan mengukuhkan perjuangan mereka. Lantas, saya terdetik untuk bercita-cita menjadi menteri di bidang itu dan membantu kemajuan industri itu.

“Semestinya ia bukan mudah untuk bergelar menteri dan prosesnya banyak peringkat. Bagaimanapun, besar harapan saya untuk cuba mencari jalan demi mencapai cita-cita itu kelak,” katanya.

Arja yang juga penyanyi berbesar-hati selepas mendapat peluang mengembangkan kerjayanya bersama MCC. Apalagi dia sendiri pencinta budaya, seni, dan warisan tempatan.

“Meskipun tugasan saya tertumpu kepada media dan publisiti, banyak perkara saya pelajari dan membuka mata. Terutama, perihal berurusan dengan kementerian.

“Saya teringin dapat peluang menambahbaik industri pelancongan, seni, dan budaya suatu hari nanti. Bagi saya, peranan memartabatkan lagi industri itu ke tahap tertinggi mampu membantu banyak individu atau organisasi,” katanya.

Terdahulu, Arja yang kini pengasas Arja Art Academy sempat berkongsi di media sosial mengenai impian besarnya itu. Dia percaya sifat kepimpinan sudah sebati di dalam dirinya. HM

Arja Lee kejar impian jadi menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker