Takkan ikat jamin pelakon, pengarah, penolong pengarah positif dadah

Takkan ikat jamin pelakon, pengarah, penolong pengarah positif dadah

Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri mengakui terpaksa menggugurkan nama pengarah dan penolong pengarah telefilem terbitannya selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi semalam.

Syafiqa berkata, pihak produksi berasa terkilan apabila pengarah dan penolong pengarah yang sepatutnya menghabiskan baki penggambaran sebanyak 20 peratus bagaimanapun didapati positif dadah.



“Saya enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan pengarah, penolong pengarah, serta pelakon telefilem ini.

“Saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Kami juga tidak bercadang untuk ikat jamin mereka, sebaliknya kami mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem ini secara serta-merta.

“Pelakon yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ini juga tidak akan diambil berlakon selepas ini. Mujurlah babak lakonannya dalam telefilem ini sudah selesai,” katanya.

Menurut Syafiqa, dua nama yang digugurkan akan digantikan dengan indvidu lain yang lebih layak mengalas tugas terbabit.



“Sepatutnya hari ini baki penggambaran di Kuala Kangsar sebanyak 20 peratus sudah selesai, tapi disebabkan kes ini penggambaran terpaksa dihentikan seketika.

“Buat masa ini, kami dalam proses mencari pengganti sebagai pengarah dan penolong pengarah bagi telefilem ini yang perlu menghabiskan baki penggambaran sebenar iaitu sebanyak 30 peratus saja lagi.

“Sekitar 20 peratus di Kuala Kangsar, manakala 10 peratus lagi di Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun ditahan bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi semalam.



Pengarah dan penolong pengarah itu dikatakan berusia 49 dan 47 tahun.

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol, manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Difahamkan juga ketika serbuan dibuat, kesemua mereka berada di dalam bilik yang berasingan.



Ketiga-ketiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. HM

Takkan ikat jamin pelakon, pengarah, penolong pengarah positif dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker