Raja Afiq siar video tak senonoh semata-mata reviu IG

Raja Afiq siar video tak senonoh semata-mata reviu IG

“Jangan sampai peminat semua berubah hati.”

Demikian amaran yang ditinggalkan salah seorang peminat menerusi ruangan komen berhubung hantaran status berbaur lucah oleh pelakon Raja Afiq.



Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali berdepan kecaman hebat peminat apabila memuat naik satu video menyaksikan seorang wanita yang tidak diketahui identitinya menayang bahagian payudaranya demi memenuhi kehendak reviu atau iklan dalam Instagram.

Disebabkan muat naik berkenaan, ramai dalam kalangan peminat mengingatkan supaya aktor itu berhati-hati dalam memilih reviu yang ingin diiklankannya dalam media sosial.

“Agak-agaklah nak ambil reviu pun, tak payahlah nak muat naik video atau gambar yang tidak senonoh.

“Aduhai, jangan tunjuk diri itu sengkek sangat boleh tak?,” getus seorang netizen lain.



Video yang diiklankan dalam Instagram pelakon Gerak Khas: Undercover itu menyaksikan seorang wanita hanya menyarung coli berona hitam berdurasi kurang daripada lima saat.

“Bayangkan akak miliki payudara dan punggung yang seksi hasil tindakan awal akak hari ini,” tulis Raja Afiq sebagai kapsyen pada video reviu yang dikongsi.

Tahun lalu, Raja Afiq mendirikan rumah tangga dengan seorang anggota polis, Sofwany Yusof di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam. K Online

Raja Afiq siar video tak senonoh semata-mata reviu IG




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker