DSV wanita pertama dan terakhir ‘disentuh’ – Iqbal

DSV wanita pertama dan terakhir ‘disentuh’ – Iqbal

Kemunculan usahawan yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai iaitu Iqbal Zulkefli dalam sesi siaran langsung Datuk Seri Vida dengan muka yang masam tidak tersenyum baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.

Tidak banyak berkata-kata di dalam sesi siaran langsung itu, namun Iqbal telah mengejutkan ramai pengikut DSV atau mesra disapa sebagai Vida apabila beliau menulis komen yang mencurigakan.


Komen Iqbal Zulkefli

Menurut netizen, perkataan ‘sentuh’ dirasakan kurang sesuai untuk digunakan dalam konteks hubungan mereka yang bukan mahram, biarpun tanpa sengaja.

Menerusi platform TikTok, terdapat seorang pengguna telah memuat naik semual live Instagram itu semula di akaunnya dan ramai yang meninggalkan komen di hantaran video itu menyifatkan ayat itu tidak seharusnya digunakan oleh beliau kerana mendatangkan pengertian berbeza kepada orang ramai.



Komen TikTok tentang Iqbal dan Vida

Dalam pada itu, ramai yang menasihati Vida untuk menjauhkan diri daripada Iqbal bagi menjaga reputasi dan maruah diri dari terus dimalukan sedemikian.

Sementara itu menerusi Instagram Stories Iqbal, dia mendedahkan mereka sudah tidak berhubung sejak dua minggu yang lalu selain pihaknya telah membatalkan tempahan hotel untuk majlis perkahwinan mereka. Gempak

DSV wanita pertama dan terakhir ‘disentuh’ – Iqbal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker