Namron perli Janna Nick raih perhatian?

Namron perli Janna Nick raih perhatian?

Pelbagai kaedah telah pun dilakukan bagi meraih perhatian netizen di media sosial namun ianya seakan-akan tidak membuahkan hasil buat pelakon dan pengarah Namron.

Difahamkan fokus utamanya kini adalah untuk mendapatkan satu juta jumlah pengikut di Instagram, bagi memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh sesetengah pihak bagi mendapatkan tawaran berlakon.

Meskipun sukar buatnya, namun Namron atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ayah dilihat tidak berputus asa, malah tetap mencari perhatian untuk menaikkan jumlah bilangan pengikut meskipun terpaksa melakukan perkara yang mengaibkan dirinya.

Selepas memuatnaik gambar dirinya dalam keadaan separuh bogel, kini Namron dikatakan telah membuat hantaran meniru gaya pelakon wanita Janna Nick dengan membuat gaya menggoda.

“Tiru gaya Janna Nick “posing”,“ tulisnya.

Melihat hantaran yang dibuat, pengikutnya terhibur dengan telatahnya di media sosial malah ada juga yang mengharapkan agar pelakon ini dapat mencapai impianya untuk mempunyai 1 juta pengikut di Instagram.

“Tak cukup lentik

“Ok la ni, tak lah nampak terdedak sangat, hehe

“Sikit je lagi ni bang nak capai 1 juta, haha,” tulis pengikutnya.

Meskipun sudah melakukan pelbagai cara untuk meraih perhatian, namun masih belum lagi mencapai tahap yang memuaskan buat Namron dan kini jumlah pengikutnya mempunyai 109 ribu sahaja.

Masih jauh lagi perjalanan buat pelakon ini untuk mencapai sasaran 1 juta pengikut seperti yang diimpikan sebelum.
Wy

Namron perli Janna Nick raih perhatian?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker