Haneesya Hanee terselamat, kereta bertembung lori

Haneesya Hanee terselamat, kereta bertembung lori

Pelakon Haneesya Hanee bernasib baik apabila terselamat selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori tiga tan dalam satu kejadian kemalangan jalan raya sewaktu dia dan ibunya dalam perjalanan ke set penggambaran di Bukit Fraser, Pahang, semalam.

Menceritakan semula kejadian tersebut, Haneesya atau nama lengkapnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan, 21, berkata, kemalangan berlaku sewaktu kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya melalui selekoh tajam dan bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.



“Kejadian berlaku ketika melalui satu selekoh tajam menuju ke Bukit Fraser. Siapa yang pernah melalui jalan untuk ke sana, tahulah keadaan jalannya bagaimana.

“Sampai di satu selekoh tajam, ada sebuah lori yang dipandu laju dan ‘makan jalan’. Bukan sikit, tapi masuk habis ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian sisi kereta,” katanya menerusi satu perkongsian dalam InstaStory miliknya.

Lebih malang lagi, pelakon berkulit hitam manis itu berkata, kereta yang dipandunya itu bukannya kepunyaannya, sebaliknya dipinjam daripada sepupunya.

“Apa-apa pun, ibu saya sudah selesai membuat laporan di balai polis berdekatan dan menyerahkan kepada pihak insurans untuk urusan kemalangan itu,” jelasnya.



Dalam pada itu, Haneesya turut berkongsi bahawa pemandu lori berkenaan cuba untuk ‘pusing cerita’, namun polis memaklumkan bahawa kejadian seperti itu sudah kerap berlaku kerana kecuaian pemandu lori yang memandu dalam keadaan merbahaya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, pelakon drama Cinta Roller Coaster itu turut memuat naik keadaan kenderaan jenis Myvi dinaikinya yang remuk pada bahagian sisi kanan hadapan.

Dalam pada itu dia turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak polis kerana membantunya untuk mendapatkan khidmat kereta sewa dan menghantarnya ke lokasi penggambaran dengan selamat. – K! ONLINE

Haneesya Hanee terselamat, kereta bertembung lori




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker