Ning Baizura akur tewas dengan penggodam akaun

Ning Baizura akur tewas dengan penggodam akaun

Selepas hampir seminggu berdepan dengan situasi akaun Facebooknya digodam, penyanyi, Ning Baizura, 46, mengaku akhirnya terpaksa memenangkan si penggodam.

Gagal mendapatkan semula akaun peribadi yang mengguna pakai nama Ning Dalton di Facebook, Ning juga mengumumkan terpaksa menutup sahaja akaun itu termasuk akaun kelab peminat yang mengguna pakai nama Ning.Baizura di platform yang sama.

Menurut Ning, ia satu keputusan yang sukar kerana ia merupakan satu daripada medium yang sering digunakan untuk berkongsi perkembangan dan berinteraksi bersama peminatnya di ruangan media sosial selain Instagram.

“Hari ini merupakan hari yang sedih. Saya terpaksa menutup akaun peribadi saya di Facebook begitu juga dengan akaun kelab peminat saya di ruangan yang sama. Ia adalah satu keputusan yang sukar untuk dilakukan.

“Akaun tersebut telah digodam secara ‘on’ dan ‘off’ sejak seminggu lalu. Mereka memuat naik bahan tidak senonoh di situ termasuk di bahagian stories lagi hari ini. Tolong jangan ikuti lagi dan laporkan akaun Ning. Baizura.

“Selamat tinggal Facebook. Untuk masa sekarang, saya akan gunakan akaun Instagram sahaja untuk sebarang perkembangan,”katanya dalam satu hantaran di Instagram malam semalam.

Selain itu, menurut Ning, dia yakin ini adalah jalan terbaik selain berpandangan perlu membuang segala tenaga toksik dan teruskan kehidupan.

“Saya percaya ada hikmah di sebalik pelbagai dugaan. InsyaAllah Allah SWT sayangkan saya dan Dia akan memandu saya ke arah haluan yang lebih baik. Terima kasih semua atas segala sokongan dan kasih sayang anda,”katanya.

Dalam pada itu, Ning di ruangan kapsyen turut menulis bahawa dia juga terpaksa akur dengan penggodam demi meneruskan kehidupannya.

“Tolong laporkan kepada Facebook bagi pihak saya sekiranya anda boleh.

“Bukan saya lagi yang mengendalikan akaun tersebut sejak seminggu lalu. Jadi, boleh tekan butang ‘unfollow’, laporkan dan lakukan tindakan anda. Saya akan buka akaun baru tidak lama lagi. Terima kasih semua,”katanya.

Menerusi pengumuman tersebut di Instagram, Ning menerima pelbagai respons daripada peminat dan pengikutnya termasuk rakan artis.

Antara rakan artis yang meninggalkan komen di akaun tersebut ialah Ramona Zamzam yang mengaku pernah terbabit dengan kejadian yang sama.

“Oh tidak, saya faham benar apa perasaannya. Akaun Instagram pertama saya juga pernah kena godam sebelum ini manakala akaun Facebook pula baru sahaja menerima nasib yang sama baru-baru ini semasa tempoh berkurung.

“Tetapi saya berjaya dapatkannya semula. Tak mengapalah,nikmati ruang masa rehat dan detoks daripada Facebook buat sementara waktu,”katanya. Utusan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker