Billie Eilish Dakwa Aset Terlalu Besar Jadi Punca Hilang Pengikut

Billie Eilish Dakwa Aset Terlalu Besar Jadi Punca Hilang Pengikut

Penyanyi popular Billie Eilish yang cukup terkenal dengan lagu ‘Bad Guy’ baru-baru ini mendakwa dia telah kehilangan ribuan pengikut di Instagram. Billie yang baru sahaja berumur 19 tahun itu turut merasakan penurunan jumlah pengikut itu berpunca daripada perubahan penampilannya yang lebih estetik.

Billie menyatakan perkara itu ketika ditemubual majalah ELLE edisi Oktober 2021 dan menyatakan saiz payudaranya yang besar adalah penyebab dia kehilangan lebih 100,000 pengikut.



Takut dengan payudara yang besar?

Ianya sangat tidak berperikemanusiaan. Saya kehilangan 100,000 pengikut hanya kerana payudara. Mereka takut dengan payudara yang besar. – Kata Billie.

Itulah apa yang dirasakan Billie ketika dan dia tahu orang akan menganggapnya memakai pakai yang seksi untuk menarik perhatian orang. Billie bagaimanapun menafikan perkara itu yang menyatakan dia boleh memutuskan apa sahaja yang dia ingingkan.

Billie yang mula muncul pada tahun 2015 sebagai penyanyi itu sebelum ini tidak terlalu menonjol menunjukkan badannya. Dia sebelum ini lebih selesa dilihat memakai baju yang besar tanpa menampakkan bentuk badannya.



Bagaimanapun, disebabkan terlalu ramai yang mengkritik dan tidak menghormati dirinya, dia bertindak untuk tampil lebih seksi.

Saya tidak pernah ingin dunia mengetahui semua tentang diri saya. Itulah sebab mengapa saya selalu memakai pakaian yang besar dan longgar. Orang luar tidak akan dapat mengatakan apa-apa jika belum melihat apa yang ada di dalamnya.

Billie Eilish Dakwa Aset Terlalu Besar Jadi Punca Hilang Pengikut




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker