Isa Isarb kena kecam terbangkan wang ke udara

Isa Isarb kena kecam terbangkan wang ke udara

Personaliti media sosial dan juga Youtuber, Isa Isarb sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia didakwa menawarkan RM10,000 sebagai hadiah kepada pengikut media sosialnya.

Rugi RM40 Ribu Dan Pengikut Youtube Berkurang 2.03 Juta, Isa Isarb Mohon Maaf

Memberi hadiah tersebut dengan caranya yang tersendiri, Isa dikatakan telah ‘menerbangkan’ wang tersebut ke langit dengan menggunakan belon.

Perkara tersebut turut dikongsikan Isa menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, semalam.

rbangkan RM10,000 dalam bentuk satu ringgit ke langit. Sebelum ini pernah terbangkan sama tapi dalam bentuk cek, tak ada orang jumpa pun. Kali ini ambil idea baru untuk terbangkan.

Kata Isa, wang tersebut telah dilepaskan di sekitar Klang dan peminat yang bernasib baik mungkin akan memperoleh ‘hadiah’ tersebut.

Jelasnya lagi, wang bersama belon itu akan turun ke darat setelah tempoh tiga jam di udara sekitar Klang, Selangor.

Sementara itu, ramai pengikut media sosial Isa tampil memberi respon pelbagai di mana ada yang menganggap tindakan Youtuber itu hanyalah ingin meraih perhatian dan sebagainya.

Sekadar info, Isa atau nama sebenarnya Issa Batharul Zaman,23, mula mendapat perhatian netizen apabila dia sering muncul dengan beberapa video berkonsepkan ‘challenge’ dan ‘prank’ di saluran YouTube.

Sehingga kini, akaun YouTube Isa Isarb mempunyai bilangan pengikut sehingga mencecah 2.25 juta ‘subscriber’.

Isa Isarb kena kecam terbangkan wang ke udara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker