Scha Elinnea nafi jaja imej seksi semata-mata

Sebaran :

Scha Elinnea nafi jaja imej seksi semata-mata

Pelakon meningkat naik, Scha Elinnea meminta khalayak menilai dirinya berdasarkan bakat lakonan dan bukan hanya menumpukan perhatian terhadap imej seksi yang menjadi daya tarikannya selama ini.

Bagi Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen, dia kini sedang berusaha menyusun langkah bagi membuktikan bakat lakonan yang dikurniakan sekali gus menangkis dakwaan ramai bahawa dia hanya menjual wajah dan tubuh seksi semata-mata.

“Bagi saya soal apa yang saya pakai tidak boleh diukur dengan kerjaya saya sebagai anak seni. Soal pemakaian itu lebih kepada gaya hidup dan berfesyen.

“Sebaliknya dunia lakonan yang saya pilih menjadi ruang untuk saya terus mencabar diri dalam berkongsi bakat dimiliki.

“Pada usia sekarang, saya selesa bergaya sebegitu. Mungkin lepas ini nanti, siapa tahu saya akan berubah gaya seiring dengan peningkatan usia kelak,” katanya.

Pada masa sama, gadis kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang berumur 21 tahun ini menyifatkan, setiap hari yang mendatang merupakan hari baharu dan penuh dengan cabaran buatnya sebagai pelakon.

“Dalam perihal lakonan, saya suka mencabar diri dengan apa saja watak diberikan.

“Watak antagonis pun saya akan cuba hidupkan. Bagi saya setiap hari akan jadi hari untuk saya eksperimen dan menguji diri sendiri,” ujarnya yang kini sedang menjalani penggambaran drama Dayang Senandung terbitan Zeel Production dan Cinta Yang Pulang karya Suhan Movies.

Tambah Scha yang mula dikenali menerusi drama rantaian Mr. Grey pada 2018, peluang yang diberi untuk berlakon dan digandingkan bersama pelakon senior turut menjadi satu penghargaan berharga buatnya sebagai pendatang baharu.

“Sekarang ini saya berpeluang berlakon di sisi Rozita Che Wan dan Hun Haqeem dalam drama Dayang Senandung.

“Manakala untuk drama Cinta Yang Pulang, saya digandingkan bersama Ummi Nazeera yang cukup besar bakat dan namanya serta profesional dalam dunia lakonan,” katanya yang turut tersenarai dalam 20 calon awal bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34 tahun ini.

Terdahulu, pelakon utama drama SiTikTok iitu pernah memadam beberapa keping foto seksinya dalam Instagram, namun tindakan tersebut hanya sia-sia dan separuh jalan apabila dia dilihat masih galak memuat naik semula gambarp-gambar yang mengundang perhatian ramai. K Online

Scha Elinnea nafi jaja imej seksi semata-mata


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas


Sebaran :

Leave a Reply