Filem lucah, Shilpa Shetty suruh tanya suaminya

Filem lucah, Shilpa Shetty suruh tanya suaminya

Mumbai: Pelakon Shilpa Shetty, 46, memilih untuk memberi jawapan sinis dan enggan memberikan komen apabila diajukan soalan mengenai suaminya Raj Kundra.

Terbaru, Shilpa menolak mentah-mentah dan cuma memberikan senyuman apabila mendapat pertanyaan sebegitu.

“Adakah saya menyerupai Raj Kundra? Saya ini siapa?” katanya.

Juri program Super Dancer itu juga menegaskan dia tetap akan berpegang pada prinsip bahawa bukan semua perkara perlukan penjelasan.

“Saya sangat percaya, sebagai selebriti, kita tidak boleh merungut dan tidak perlu buat penjelasan. Itu adalah falsafah hidup saya,” katanya.

Terdahulu, Shilpa pernah berkata bahawa dia terlalu sibuk dengan jadual kerjanya untuk bertanya Raj mengenai apa yang dilakukannya.

Pada 19 Julai lalu, suaminya ditahan polis atas kesalahan menghasilkan dan menayangkan filem lucah. Pesuruhjaya Polis Mumbai, Hemant Nagrale memaklumkan mereka memiliki bukti kukuh bahawa Raj terbabit.

Terdahulu, sembilan individu ditahan selepas kes terbabit didaftarkan pada Februari lalu. Selain kes itu, nama Raj turut terbabit dalam sebuah kes seumpama yang didaftarkan polis Maharashtra Cyber, tahun lalu.

Bagaimanapun, dia dibebaskan dari penjara baru-baru ini selepas diikat jamin. HM

Filem lucah, Shilpa Shetty suruh tanya suaminya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker