Diana Danielle salahkan pembalakan punca banjir di Shah Alam

Diana Danielle salahkan pembalakan punca banjir di Shah Alam

Kejadian banjir di beberapa lokasi di Shah Alam, Selangor semalam mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah Diana Danielle yang tidak ketinggalan melontarkan pendapat tentang kejadian tersebut.

Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, kejadian banjir di Shah Alam berpunca daripada masalah perubahan iklim yang wujud disebabkan aktiviti penerokaan hutan.

“Kejadian banjir di Shah Alam, orang cakap ‘patut bina lebih besar ini, lebih baik itu’ tetapi saya mohon maaf kerana terpaksa mengecewakan kalian.

“Hal ini kerana perubahan iklim yang telah menyebabkan bandar dan pekan seluruh dunia berdepan masalah banjir tidak kira betapa bagus bandar dibangunkan,” ciapnya dalam Twitter semalam.

Tambah pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu, orang ramai sepatutnya bersuara agar aktiviti pembalakan di kawasan sekitar dihentikan bagi membendung kejadian sama berulang lagi.

“Anda sepatutnya cakap, ‘kita patut hentikan aktiviti pembalakan’,” katanya lagi.

Semalam, Kosmo! melaporkan sekitar kawasan Stadium Seksyen 13, Shah Alam ditenggelami air sedalam 1.2 meter dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat semalam. K Online

Diana Danielle salahkan pembalakan punca banjir di Shah Alam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker