Ancaman Tentera Sulu, ATM tetap bersiap siaga

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan tiada petunjuk ketara atau bukti kukuh mengenai dakwaan sebuah media antarabangsa bahawa kononnya terdapat satu gerakan dari Filipina iaitu pemberontak Tentera Diraja Sulu (RSA) sedang merancang untuk menceroboh Sabah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebarang ancaman yang dikeluarkan mesti disahkan secara bebas namun beliau telah mengeluarkan arahan kepada tiga perkhidmatan untuk meningkatkan kesiapsiagaan di tahap paling tinggi terutamanya di Sabah.

“Saya telah mengarahkan ketiga-tiga perkhidmatan melalui Panglima Medan Timur Tentera Darat Malaysia (TDM), Leftenan Jeneral Datuk Marzudki Muhammad; Panglima Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali dan Panglima Wilayah Udara 2 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Jeneral Datuk Shamsudin Kassim untuk memastikan ATM meningkatkan kesiapsiagaan ke tahap paling tinggi di pantai timur Sabah.

“Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM juga akan sentiasa memantau perkembangan yang sedang berlaku dan menilai indikator-indikator boleh menjejaskan keselamatan,” katanya dalam satu sidang akhbar di Wisma Pewira di sini hari ini.

Tambahnya, tiada penambahan aset serta anggota ATM dilakukan oleh pihaknya susulan dakwaan ancaman tersebut.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut meminta rakyat di negeri Sabah kekal bertenang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan untuk tindakan dari pihak berkuasa. -K!ONLINE

Ancaman Tentera Sulu tiada bukti kukuh, ATM tetap waspada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenyataan Tony Pua tidak berasas, berunsur fitnah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker