Jaga aurat isteri, Aiman Hakim ditegur netizen

Jaga aurat isteri, Aiman Hakim ditegur netizen

Sudah menjadi lumrah anak seni apabila setiap perbuatan menjadi perhatian peminat. Lebih-lebih lagi hari ini, peminat boleh berhubung terus dengan selebriti menerusi media sosial.

Terbaru, Aiman Hakim meraih perhatian pengikut Instagram gara-gara memuat naik foto keluarga menampakkan bahagian dada isterinya, Zahirah Macwilson.

‘Terima Kasih Jadi Ibu Terbaik’ – Ucapan Hari Jadi Aiman Hakim Buat Isteri, Sweet Habis!
Dalam hantaran itu, pelakon tersebut menyertakan lima keping foto bersama anak sulung lelaki mereka, Isaac Raees. Foto keluarga kecil itu walau bagaimanapun menerima teguran daripada peminat.

Rata-rata memintanya supaya memadam hantaran berikutan terdapat foto yang menunjukkan bahagian yang tidak sepatutnya. Mereka turut menasihati Aiman agar lebih berhati-hati dalam pemilihan gambar untuk mengelakkan kontroversi.

Salah seorang warganet berkata,

Suami jagalah aurat isterimu khas untuk tontonan dirimu sahaja. Suka ke orang lain duk tengok aurat isteri awak?

Sementara itu, ada juga yang menasihati warganet supaya menjaga bahasa dalam memberi teguran. Menurutnya, nasihatlah dengan cara baik supaya tidak menjatuhkan air muka seseorang. Bn

Jaga aurat isteri, Aiman Hakim ditegur netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker