Iqbal Tabur Duit Depan Wartawan, Nafi Nak Kikis Harta DSV

Iqbal Tabur Duit Depan Wartawan, Nafi Nak Kikis Harta DSV

Usahawan muda, Ahmad Iqbal Zulkefli menafikan dakwaan berhasrat untuk mengahwini bekas majikannya, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida semata-mata kerana wang ringgit.

“Banyak Diputar Belit, Jatuhkan Maruah Saya” – Iqbal Dedah Sebab Kecewa Dengan DSV

Menerusi video yang dimuat naik portal mStar Online, Iqbal dilihat menayang barangan berharga yang dibelinya hasil titik peluh sendiri. Wartawan yang berkunjung ke rumah usahawan itu terpegun melihat kemewahan yang dimilikinya.

Iqbal turut memperincikan harga bagi setiap barangan termasuk dua ekor kucing yang berharga RM15,000 dan RM8,500. Untuk barangan kucing sahaja, dia membelanjakan sehingga RM50,000.

Usahawan ini turut menunjukkan koleksi minyak wangi dan jam tangan yang dimilikinya. Paling mahal dia pernah membeli jam yang mencecah harga RM1 juta.

Untuk menghargai pengikut Instagram yang bertuah, Iqbal akan menyediakan barangan kemas sebagai giveaway.

Jelas Iqbal lagi, dia bukanlah seorang yang gemar menunjuk-nunjuk. Namun, dia terpaksa memberitahu umum untuk menangkis dakwaan liar mengenai dirinya.

Lebih mengejutkan apabila Iqbal bertindak menabur wang yang disimpan dalam sebuah beg.

Saya kena macam ini ke? Aku kaya aku tak nak duit orang. Macam itu?

Tindakan mencampak duit itu adalah reaksi marahnya kepada netizen yang telah memandang rendah kepadanya.

Baru beberapa jam dimuat naik, video telah meraih sehingga 800,000 tontonan dan 9,000 perkongsian. Bn

Iqbal Tabur Duit Depan Wartawan, Nafi Nak Kikis Harta DSV


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker