Wanita rela kekasih jadi abang ipar

Wanita rela kekasih jadi abang ipar

Tindakan seorang wanita yang merelakan bekas kekasihnya berkahwin dengan kakak sendiri menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Suara.com semalam.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @jemebesemahasli, wanita itu dilihat mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu tersebut.

Wanita itu memberitahu bahawa dia ikhlas dan reda bahawa jodoh bekas kekasihnya adalah kakak kandungnya sendiri.

Tambahnya, dia lebih rela mengalah dengan kakak sendiri daripada berbalah kerana berebut teman lelaki.

“Selamat pengantin baharu buat kakak dan bekas kekasih. Semoga kalian membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

“Bercinta dengan saya, namun akhirnya jodoh dengan kakak saya sendiri,” tulisnya lagi.

Luahan hati wanita itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengagumi ketabahan dan memberikan sokongan moral buatnya.

“Semoga dengan kesabaran anda, Allah akan mengirimkan jodoh lebih baik kelak,” komen seorang pengguna media sosial. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Wanita rela kekasih jadi abang ipar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker