Dolla terpampang di New York Times Square

Dolla terpampang di New York Times Square

Kumpulan Dolla menjadi artis ketiga dari negara ini yang muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat, hari ini.

Penampilan Dolla itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.



Sabronzo yang mewakili Dolla berkata, mereka teruja ketika dimaklumkan perkara itu.

“Kami tak mampu nak luahkan perasaan sekarang. Ia satu penghormatan yang besar buat kumpulan nyanyian seperti kami yang baru hendak bertatih dan kami harap kami akan dapat terus memenuhi harapan peminat ,” katanya.

Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara, di mana Dolla sebagai wajah hadapan adalah wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2019 itu mula menggegar industri muzik tempatan dengan penampilan mereka yang agak berani serta gaya persembahan yang mengagumkan, tahun lalu.



Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka Dolla Makes You Wanna, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air dengan single Impikan dan Watch Me Glow.

Terdahulu, papan iklan New York Times Square pernah memaparkan wajah penyanyi Yuna, dan bintang baharu Layla Sania bulan lalu. HM

Dolla terpampang di New York Times Square


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker