Aku Yang Tak Shooting, Orang Lain Yang Panas – Rita Rudaini

Aku Yang Tak Shooting, Orang Lain Yang Panas – Rita Rudaini

Pelakon penuh kontroversi, Rita Rudaini meluahkan rasa hairan dengan sikap sesetengah individu yang gemar menjaga tepi kain orang lain terutama terhadap dirinya yang sanggup melepaskan tawaran berlakon kerana enggan mengambil vaksin COVID-19.

Perkara tersebut dizahirkan Rita menerusi beberapa buah hantaran di Instagram Story miliknya di mana dia turut menempelak sikap seorang pengguna Facebook yang asyik mengaitkan namanya dengan isu vaksin.

Kata Rita, sikap sesetengah pihak yang sentiasa ‘mencari pasal’ dengan dirinya itu seperti sudah hilang akal ataupun mengalami penyakit mental.

Aku hairan ramai yang tak senang dengan aku. Kalau aku tak shooting kamu semua ‘panas dekat mana? kamu ke yang bayar bil aku. Aku tak kacau orang. Aku duduk di rumah sahaja, tak keluar pun ancam nyawa orang lain. Kenapa sakit hati sangat? Tak ada kerja sangat ke?

Pelakon drama Shah Alam 40000 ini juga menganggap mereka ini sebagai seorang yang ‘menyedihkan’ seolah-olah hidup dalam kesunyian sehingga perlu memuat naik status berbaur umpatan di media sosial.

Dia dalam pada itu turut memberi amaran kepada mereka di luar sana agar tidak sesekali ‘memetik’ namanya dalam mencipta sebarang isu di masa akan datang.

Eh! Kau pula yang sakit hati kalau aku tak shooting. Menyibuk dengan badan aku dah kenapa. Kau pula siang malam risau aku tak vaksin sampai ‘up’ status.

Terdahulu, Rita membuat pengakuan bahawa namanya telah digugurkan daripada drama 100 episod gara-gara enggan menerima vaksin COVID-19. Bn

Aku Yang Tak Shooting, Orang Lain Yang Panas – Rita Rudaini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker