Nikah sajalah Vida, jangan banyak drama

Nikah sajalah Vida, jangan banyak drama

MINGGU ini, tiada cerita panas selain kisah cinta dan perkahwinan yang tertunda Datuk Seri Vida.

Jika digabungkan kronologinya, boleh terbitkan sebuah drama untuk slot pukul enam petang. Banyak betul konflik!

Klimaks drama ini mungkin belum muncul tetapi yang paling mencuri perhatian ramai apabila Vida tidak berani hendak menceritakan hal sebenar kepada Cik B.

Pengakuan tersebut seterusnya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat Vida sengaja ingin mencari publisiti murahan dengan kisah peribadi.

Kata netizen, Vida mahupun bekas pembantunya iaitu Iqbal tidak sepatutnya mencanang perihal mereka kepada umum selagi tiada kata putus.

Betul juga pendapat warga maya. Iyalah, selagi tidak dapat titik noktah, berhentilah bercerita kepada umum. Takut kalau tidak jadi, jadi bahan kecaman netizen pula.

Setakat ini, kita tunggu sahaja kata putus daripada Cik B, sama ada dia setuju ataupun tidak dengan keputusan ibunya.

Apa pun, jika memang ditakdirkan Vida akan menamatkan zaman jandanya dengan lelaki lebih muda, doakan saja kebahagiaan mereka. Doakan yang baik-baik ya! K Online

Nikah sajalah Vida, jangan banyak drama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker