DJ Lin dipilih Penyampai Radio Paling Dipercayai

DJ Lin dipilih Penyampai Radio Paling Dipercayai

Dj Lin dinobatkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah Jenama Paling Dipercayai anjuran majalah antarabangsa Reader’s Digest.

DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid diundi oleh peminat di Malaysia sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai.

Bagi penyampai radio yang popular menerusi slot Suria Cinta dan juga Pengurus Besar Stesen Suria FM, beliau terkejut dan pada masa yang sama bersyukur dengan anugerah yang diterima dan pencapaian yang dimiliki sehingga kini.

“Anugerah yang diterima ini sangat besar maknanya dalam kamus perjalanan karier seni DJ Lin sebagai seorang Penyampai Radio.

“Tentunya ini merupakan satu penghormatan buat diri DJ Lin sekaligus menyuntik inspirasi untuk lebih tekun dan fokus membawa nama stesen radio Suria FM ke tahap lebih tinggi,” kata anak kelahiran Johor Bahru itu.

DJ Lin menambah pengiktirafan yang diberikan iitu membuktikan bahawa jenama DJ LIN semakin dipercayai dan kukuh sebagai jenama yang mampu bertahan dalam cabaran masa kini.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Reader’s Digest dan juga rakyat Malaysia yang mengundi dan menyokong DJ Lin selama ini,” kata ibu tunggal itu.

Sebelum ini, kredibiliti dan populariti DJ Lin selama 22 tahun di dalam industri radio di Malaysia diiktiraf menerusi beberapa anugerah besar yang dimenanginya sebelum ini antaranya Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik) sebanyak tiga kali, Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak tiga kali dan Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012.

Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai ini merupakan anugerah kelapan buat DJ Lin. Kekal mendengarkan Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat pukul 8.00 malam hingga 1.00 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia. MG

DJ Lin dipilih Penyampai Radio Paling Dipercayai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker