Mimi Lana bakal berkahwin?

Mimi Lana bakal berkahwin?

“Kalau ada berita gembira saya pasti akan kongsikan” – Mimi Lana pakai inai

Pelakon, Mimi Lana mengesahkan dia belum menamatkan zaman bujang apabila gambar dia memakai inai dan duduk di atas pelamin pagi tadi tular.

Menurut Mimi ini, dia hanya meraikan majlis pernikahan sepupunya hari ini.

“Assalamualaikum semua, saya minta maaf berkenaan perkongsian hantaran gambar itu. Saya hanya meraikan majlis pernikahan sepupu yang berlangsung hari ini.

“Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya. Jangan risau kalau ada berita gembira Insya-Allah pasti saya akan kongsikan dengan semua orang pada masa akan datang, saya awak semua,” tulisnya di InstaStory diiringi emoji tertawa.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 26, berkongsi dua keping gambar menunjukkan jari jemari dihiasi inai dan duduk di atas pelamin.

“Hidup ini singkat, nikmati setiap perincian mehndi (inai). Selamat berhujung minggua semua,” coretnya.

Menjengah ruangan komen, pelakon itu disirami doa mewangi dengan ucapan tahniah di atas “persandingannya”.Utusan

Mimi Lana bakal berkahwin?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker