Anzalna jadi “Rosalinda” selepas dos kedua vaksin [VIDEO]

Anzalna jadi “Rosalinda” selepas dos kedua vaksin (Video)

Pelakon jelita, Anzalna Nasir meluahkan rasa gembira apabila dia kini sudah lengkap suntikan pelali COVID-19 sebanyak dua dos.

Jelas kelihatan ceria setelah menerima vaksin itu, Anzalna dalam pada itu memaklumkan bahawa proses kali ini tidak seteruk dos pertama di mana telah berlaku sedikit drama ‘takut jarum’.

Perkara tersebut turut dikongsikan Anzalna menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia ada memuat naik video pendek memaparkan dirinya sedang menyanyi sebuah lagu bahasa asing.

Jelas Anzalna, dia boleh bernyanyi dalam pelbagai bahasa dan merasa teruja sehingga suntikan kali ini membuatkan dirinya seperti penyanyi Thalia yang popular dengan watak Rosalinda.

Tiada drama ‘takut cucuk’ kali ini sebab saya dah berani. Tetapi selepas cucuk jadi lain macam. Suami pening kat sebelah sebab isteri berangan teruk. Saya boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa tapi sayangnya suara tak sedap makan ini sahaja yang mampu.

Dia yang memang terkenal dengan lawak jenaka bersahaja itu ternyata telah menarik perhatian peminat yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya itu.

Malah, ada juga yang menggelarkan pelakon cantik ini sebagai Rosalinda Malaysia.

https://www.instagram.com/p/CTgRrwJhAEh/?utm_source=ig_web_copy_link

Sekadar info, Anzalna telah berumah tangga bersama usahawan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees yang kini sudah berusia dua tahun. Bn

Anzalna jadi “Rosalinda” selepas dos kedua vaksin (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker