Vida mengaku ingin berkahwin

Vida mengaku ingin berkahwin

Usahawan dan selebriti popular, Datuk Seri Vida mengaku bahawa dia sememangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, namun tidak mahu terlalu memperbesarkan hubungan cinta mereka berdua.

Vida atau Hasmiza Othman, 49 tidak mahu berhadapan dengan cemuhan warganet dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan lapor Utusan Malaysia.

“Saya sebenarnya malas nak beri komen sebab orang kita kuat mengata. Ada yang cop saya gedik, tak sedar diri, kubur dah panggil masih nak kahwin. Tetapi soal jodoh inikan di tangan Tuhan.

“Memang saya merancang untuk berkahwin tetapi ada beberapa syarat antaranya soal kesuburan dan anak-anak. Saya pun sudah beberapa kali melalui episod kegagalan rumah tangga, tidak mahulah perkara sama berulang,” ujar Vida yang sudah pun melakukan ujian kesuburan.

Dia turut tidak menolak majlis perkahwinannya akan berlangsung dalam tahun ini atau awal tahun depan namun masih belum ada tarikh khusus berikutan pandemik.

Terdahulu, Iqbal mendedahkan hubungan cinta mereka sehingga mendapat kecaman hebat dari warganet yang mempersoalkan keikhlasan lelaki tersebut mendekati Vida semula dan faktor usia taikun kosmetik itu yang kini menghampiri 50 tahun.

Jelas Vida, walaupun hubungan mereka terputus di tengah jalan namun mereka tidak pernah berhenti bertanya khabar sehingga akhirnya membuat keputusan untuk bersama semula.

“Walaupun sudah terputus hubungan sejak 2018, namun setiap hari kami sering bertanya khabar sehingga kami jadi rapat semula dan insya-Allah, jika ada jodoh bertemulah nanti di pelamin,” ujarnya.

Vida mengaku ingin berkahwin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker