Elisya Sandha : Jadi isteri, pengalaman menakjubkan

Elisya Sandha : Jadi isteri, pengalaman menakjubkan

Selepas hampir seminggu bertukar status menjadi isteri orang, pelakon Elisya Sandha
menganggap dirinya sebagai amanah yang telah diutuskan Allah SWT untuk menjadi pendamping yang taat kepada suami tercinta.

“Sejujurnya, saya merasakan perkahwinan adalah amanah daripada Allah SWT untuk menjadikan saya memiliki rasa tanggungjawab.

“Bergelar seorang isteri adalah pengalaman yang sungguh menakjubkan,” jelasnya.

Adik kepada pelakon, Fasha Sandh juga berkata dia tidak sabar untuk melalui perkara baharu setiap hari selepas bergelar permaisuri hati kepada Uzair Haqimy pada 21 Julai lalu.

Menerusi hantaran Instagramya, pemilik nama sebenar Nur Elisya Hassan itu turut ditanya pengikut, adakah ada melakukan solat istikarah sebagai petunjuk sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

“Awak ada buat solat istikarah tak sebelum mengambil keputusan untuk bernikah?” soal peminatnya.

Ujar Elisya, dia sememangnya melakukan solat istikarah untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah SWT sebelum tekad untuk mengakhiri zaman bujang.

“Sudah tentu. Tiada jaminan dalam kehidupan rumah tangga. Yang penting percaya pada takdir dan tawakal,” jelasnya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ditebak soalan tentang keputusannya yang dibuat untuk berkahwin pada usia muda, tatkala kariernya sebagai pelakon mula berkembang, Elisya berkata dia tiada kuasa untuk menolak takdir dipertemukan jodoh pada usia muda (21 tahun).

“Memang industri di Malaysia ada pemikiran sebegini ke? Saya bukan Tuhan yang boleh pilih jodoh datang waktu bila. Saya terima jodoh saya sampai awal.

“Saya juga meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada Allah SWT dan percaya dengan rezeki yang Allah SWT berikan,” ujarnya.

Untuk rekod, Elisya selamat bergelar isteri kepada Uzair yang juga anak sulung kepada produser terkenal, Shiela Rusly dan Jinggo dalam sebuah majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup pada Sabtu lalu.

Pasangan yang telah berkenalan sejak dari zaman bangku sekolah itu selamat bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd. Faisal Abdullah. K Online

Elisya Sandha : Jadi isteri, pengalaman menakjubkan

TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker