Putus cinta, Daiyan Trisha tulis lagu sambil menangis

Putus cinta, Daiyan Trisha tulis lagu sambil menangis

Kecewa dan patah hati akibat putus cinta dengan kekasihnya sekitar satu bulan setengah yang lalu, penyanyi Daiyan Trisha merawat hatinya dengan menulis lirik single terbaharunya berjudul Penat.

Menurut wanita berusia 28 tahun itu, disebabkan putus cinta ketika musim pandemik Covid-19 dan seluruh negara sedang dalam keadaan berkurung, emosi dan mentalnya berada dalam keadaan tidak stabil.

“Ketika saya menulis lagu ini saya berada dalam fasa putus cinta. Emosi dan mental saya tidak stabil ditambah dalam keadaan pandemik.

“Perasaannya sangat dalam dan lebih sakit. Siapa bekas kekasih saya biarlah rahsia. Dia bukan artis, sebaliknya hanyalah orang biasa,” ujar Daiyan tentang lagu yang sudah dilancarkan dalam YouTube sejak semalam dan video liriknya akan dilancarkan di platform sama malam ini.

Tambah Daiyan yang juga seorang pelakon dan pengacara itu, disebabkan emosi yang begitu mendalam, dia dapat menyiapkan lagu tersebut dalam tempoh satu jam sahaja.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Penat merupakan lagu yang paling sukar pernah saya tulis. Walaupun mengambil masa dalam satu jam sahaja, tetapi saya banyak kali berhenti kerana menangis.

“Perasaan sedih, kecewa dan patah hati itu memang sudah ada membuak-buak dalam diri, jadi emosinya mudah keluar,” kongsi Daiyan.

Selain daripada putus cinta, Daiyan berasakan lagu Penat cukup dekat dengan semua orang dan amat sesuai dilancarkan pada musim pandemik ini.

“Saya tulis lagu Penat bukan kerana putus cinta sahaja, tetapi merangkumi keseluruhan keadaan. Memang kita semua tidak dapat keluar dan bertemu dengan rakan-rakan, namun energi setiap orang dapat dirasai menerusi media sosial.

“Semua orang pun penat dan mereka menunjukkan perasaan menerusi media sosial. Kita semua penat dengan segala-galanya. Penat itu lebih berat maksudnya daripada sakit hati atau kecewa,” terang Daiyan ketika ditemubual secara virtual sebentar tadi.

Dalam pada itu, Daiyan turut menjawab tentang tindakan netizen yang ‘menjodohkannya’ dengan pelakon Aedy Ashraf. Jelas Daiyan mereka sekadar bersahabat dan dia masih belum bersedia untuk kembali menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas putus cinta.

“Saya rasa perkara tersebut (menjodohkan) adalah sesuatu yang lucu. Saya dengan Aedy adalah kawan baik. Memang saya ada nampak komen-komen netizen, tetapi saya belum bersedia sebarang hubungan,” luah Daiyan. K Online

Putus cinta, Daiyan Trisha tulis lagu sambil menangis

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker