Saya tidak akan lupa jasa Azwan – Jasmin Hamid

Saya tidak akan lupa jasa Azwan – Jasmin Hamid

Biarpun pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sering dihimpit kontroversi, dramatis terkenal, Jasmin Hamid berkata dia tidak akan sesekali melupakan jasa pengacara tersebut yang pernah mencurahkan ilmu kepadanya dalam bidang pengacaraan.

Ujar Jasmin, Diva AA pernah mencurahkan ilmu sebagai pengacara kepadanya ketika mereka berdua digandingkan bersama dalam sebuah rancangan hiburan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) suatu ketika dahulu.

“Selepas bertahun tidak berjumpa, Allah SWT izinkan kami berjumpa kembali. Masih sama dan ramah.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Saya tidak akan lupakan jasanya kerana dia pernah curahkan ilmu sebagai pengacara kepada saya kali pertama saya menjadi pengacara dan digandingkan bersama untuk sebuah rancangan hiburan di RTM,” tulis Jasmin dalam Instagramnya.

Ujar Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid lagi, dia mengakui berasa sangat gementar ketika kali pertama digandingkan bersama Diva AA yang ketika itu sudah dikenali sebagai antara pengacara terbaik di Malaysia.

“Walaupun dia seorang yang hebat dalam kerjayanya, tetapi dia tetap kongsikan ilmu dan beri bimbingan kepada saya sebagai orang baharu. Saya berasa selesa untuk bekerja dengannya,” kata Jasmin mengenang jasa Diva AA.

Dalam hantaran itu juga, bekas finalis Dewi Remaja 1990/91 itu turut mendoakan kesejahteraan Diva AA dan berharap semua umat Islam di muka bumi mendapat pengakhiran hidup yang baik.

“Semoga kita semua mendapat pengakhiran hidup yang baik dan dijauhkan daripada azab api neraka. Amin,” katanya.

Sekadar info, Kosmo! pada 16 Ogos lalu melaporkan bahawa Diva AA telah membuat satu laporan polis terhadap pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta selepas mendakwa pelakon itu telah memuat naik kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Selain itu, pengacara program Lagu Cinta Kita 2 itu turut bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada selebriti wanita terbabit kerana didakwa telah memfitnahnya. K Online

Saya tidak akan lupa jasa Azwan – Jasmin Hamid

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker