Ramai artis mula berhijab, peminat doakan Emma Maembong
Ramai artis mula berhijab, peminat doakan Emma Maembong
“Semoga Berhijab Kembali..” Artis Wanita Ramai Berhijrah, Peminat Doakan Emma Maembong
Sejak kebelakangan ini, ramai artis wanita tempatan telah mula berhijrah dan mengenakan hijab sepenuh masa.
Sambut Lebaran Hanya Berbaju Kelawar, Emma Maembong Tetap Cantik Dipuji Peminat
Menjadikan tanggal 1 Muharam sebagai titik penghijrahan ke arah yang lebih baik, ramai artis turut menjadikan kisah pemergian Allahyarhamah Siti Sarah ke dunia abadi sebagai iktibar.
Ketika ramai yang memuji selebriti wanita yang mula berhijab, nama Emma Maembong juga turut menerima tempias yang sama.
Baca Artikel Menarik :
- Gunung Jerai ‘menangis’, tiga selamat, seorang lagi hilang [VIDEO]
- Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek
- Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]
- Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
- Najib sentiasa dahulukan parti sebelum dirinya
- Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi
- Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan dakwaan gangguan seksual
Layari Laman Facebook MYKMU
Ini berikutan terdapat beberapa peminat artis kecil molek itu untuk berhijab kembali seperti suatu ketika dahulu.
“Semoga kak Emma terbuka hati untuk berhijab kembali. Sayang awak.” tulis pengguna media sosial tersebut.
Emma yang tidak melenting dengan kenyataan tersebut hanya mengucapkan terima kasih dan mendoakan perkara yang sama.
Malah, ibu kepada seorang anak ini juga turut memuat naik foto lamanya yang berhijab untuk tatapan peminat di media sosial.
Terdahulu, antara aktres dan selebriti wanita yang mula berhijrah untuk berhijab ialah Izara Aishah, Siti Elizad dan ramai lagi. Bn
Ramai artis mula berhijab, peminat doakan Emma Maembong