Tak tahan ‘ditekan’, pemandu lori berdemo dekat pejabat JPJ

Tak tahan ‘ditekan’, pemandu lori berdemo dekat pejabat JPJ

“Jangan guna alasan mendidik sedangkan ia sebenarnya adalah untuk menghukum pemandu lori.”

Itu luahan wakil pemandu lori yang berkumpul di persimpangan masuk ke ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, dekat Indera Mahkota, Kuantan hari ini.

Mohd Irwan Shah Brahim, 38, berkata pemandu-pemandu lori sekitar Pahang berkumpul untuk menyerahkan memorandum kepada JPJ kerana tidak tahan tekanan agensi penguat kuasa terbabit.

Sejak pertengahan bulan lalu, JPJ mengadakan operasi di seluruh negara yang menyaksikan puluhan lori disita kerana didakwa membawa lebih muatan.

JPJ dalam kenyataan pada 18 September lalu memaklumkan, tindakan menyita kenderaan berat baru-baru ini dibuat kerana dikesan membawa muatan melebihi sehingga hampir 140 peratus daripada had dibenarkan.

Tindakan itu diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), bersandar kepada prosedur mengikut akta berkenaan.

Mohd Irwan Shah bagaimanapun menjelaskan perhimpunan diadakan hari ini bukan untuk menentang kerajaan.

“Kita bukan nak menentang kerajaan tapi (perhimpunan) ini atas dasar menyuarakan pendapat kami.

“Setiap kali tukar pemerintahan (kerajaan), kami cuba menyuarakan, kami cuba menyokong, tapi mereka (kerajaan) sentiasa mencari kesalahan kami.

“Rakyat sedang tertekan, tolong pandanglah, jangan double standard atau pilih kasih.

“Ini semua untuk kebaikan negara, kita ada menteri, bukan tak ada menteri,” katanya lagi.

Ahad lalu, sekumpulan pemandu lori di Terengganu turut mengadakan perhimpunan sama di pejabat JPJ negeri itu.

Mereka turut mendakwa tertekan dengan tindakan penguatkuasaan dijalankan JPJ hingga menyukarkan pemandu lori beroperasi seperti sebelumnya.

Sementara itu, seorang pemilik lori, N Gunasilam, 51, mendakwa lori milik sudah disita hampir enam bulan oleh JPJ Pahang.

Katanya, dia kini berdepan masalah untuk membayar ansuran bulanan lori itu dan pinjaman perumahan.

“Mereka sita sebab cakap saya bawa lebih muatan, sedangkan setiap lori sudah membuat timbangan berat sebelum keluar ke jalan raya.

“Sekarang saya kena bayar kompaun, lepas bayar (kompaun) mereka cakap lori milik saya akan dilelong pula.

“Jadi apa maknanya semua ini, saya sekarang hilang pendapatan lepas lori kena sita, mana nak cari duit untuk bayar kompaun lagi.

“Apa hak mereka untuk lelong lori milik saya walaupun saya bayar kompaun, tetap kena lelong,” katanya.

Seorang lagi pemilik lori, Marutha Selvam, 49, pula berpandangan kerajaan perlu lebih prihatin dengan nasib pemandu lori yang semakin tertekan sejak awal tahun ini.

Katanya, kos penyelenggaraan kenderaan itu meningkat dan operasi penguatkuasaan oleh JPJ yang terlalu tegas menambahkan lagi bebanan untuk mereka.

“Kalau bawa lebih muatan, kena sita, kena penjara. Ini undang-undang terlalu berat untuk kami.

“Kalau saya tak mampu bayar kompaun, kena masuk penjara, bila orang tanya kenapa masuk (penjara), sebab bawa lebih muatan.

“Ini sangat pelik, orang lain masuk penjara sebab jenayah, pemandu lori sebab bawa lebih muatan dan lepas itu apa jadi, anak saya orang panggil anak banduan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin ketika ditemui mengesahkan menerima memorandum itu jam 10.15 pagi dan memaklumkan perkara itu akan dibawa ke peringkat atas untuk diteliti kerana ia membabitkan dasar kementerian.

Di Seremban, kira-kira 200 pemandu dan pengusaha lori di negeri itu turut berhimpun sebagai protes terhadap operasi penguatkuasaan berterusan terhadap mereka.

Mereka dilaporkan berkumpul di kawasan selepas Plaza Tol Senawang dan kemudiannya menuju ke Pejabat JPJ Negeri Sembilan di Jalan Seremban-Tampin di Seremban untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Antaranya, mereka menuntut supaya pihak berkuasa turut mengenakan saman kepada pihak kilang dalam isu muatan berlebihan, menaikkan had berat dengan muatan (BDM) serta menghapuskan saman dimerit kepada pemandu. Mk

Tak tahan ‘ditekan’, pemandu lori berdemo dekat pejabat JPJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker