Dari pentas Olimpik ke pentas Bollywood

Dari pentas Olimpik ke pentas Bollywood

Memiliki rupa paras yang menarik, ramai warga net India mencadangkan pemenang pingat emas merejam lembing lelaki, Neeraj Chopra membintangi sendiri filem biopik berkisarkan kejayaannya di Sukan Olimpik 2020 itu.

Perejam berusia 23 tahun itu muncul atlet India pertama menyumbang emas menerusi olahraga dalam sejarah penyertaan Olimpik setelah mencatat 87.58 meter.

India, yang terkenal dengan industri perfileman dikatakan berhasrat menghasilkan filem berunsurkan sukan yang diadaptasi daripada kejayaan Chopra dan ia menjadi rebutan pengarah.

Ramai peminat berkata, Chopra mampu memainkan wataknya dalam filem tersebut memandangkan atlet tersebut kacak, selain memiliki karisma dan fizikal yang baik.

“Neeraj Chopra kacak dan karismanya sudah cukup untuk dia membintangi sendiri filemnya. Dia boleh memainkan peranan Akshay Kumar dalam biopik,” kata Gizza.

“Emas untuk India. Kami semua berbangga dengan Neeraj Chopra. Jika ada kisah biopik tentangnya, dia sendiri layak untuk memainkan watak dalam filem tersebut,” kata Rishabh Shukla.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Tolonglah jika dia ada filem berkisarkan tentang dirinya, biarkan Neeraj Chopra sendiri membintangi filem itu,” kata Virendra.

Ketika saingan Sabtu lalu, muzik Bollywood mula dimainkan di Stadium Olimpik untuk Chopra melakukan rejaman keenam dan terakhir, selepas dia mengesahkan emas menjadi miliknya.

Anak petani itu kemudian berlari separuh padang dengan bendera India di bahunya. Utusan

Dari pentas Olimpik ke pentas Bollywood

Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker