Masa tu tengah baring- Mona Allen
Masa tu tengah baring- Mona Allen
“Saya tidak perasan langsung, masa itu tengah baring” – Mona Allen
KUALA LUMPUR: “Saya tidak perasan langsung, masa itu tengah baring.”
Itu jawab pelakon Mona Allen ketika dihubungi Utusan Malaysia berhubung video pendek yang seolah-olah menayangkan “asetnya” di InstaStory miliknya baru-baru ini.
Ditanya adakah dia sengaja mencari atau mengundang kontroversi kerana imejnya di persada seni begitu bersih, jawabnya ringkas.
“Saya tidak terfikir langsung dan kalau boleh mahu nama saya bersih sesuci embun pagi. Bagi sajalah pelapis baharu kalau nak cipta kontroversi ini (tertawa kecil).
“Pula kalau ditanya reaksi suami saya (Pekin Ibrahim), dia biasalah. Tidak ambil pusing dengan cakap-cakap netizen, dia lebih kenal isterinya. Alhamdulillah dapat suami macam dia, syukur sangat,” jelasnya.
Mona yang sudah lengkap dua dos vaksin sejak 14 Julai lalu masih menunggu lampu hijau untuk menyambung semula drama bersiri Hati Yang Dikhianati yang terpaksa direhatkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak awal Jun lalu.
Kongsinya, sebagai mengisi masa lapang Mona memelihara kucing baka Scottish Fold dan Rusia untuk terapi dirinya di kala diri “dikandang” Covid-19.
“Duduk rumah dah buat butter cake, Alhamdulillah tempahan masih ada, syukur terima kasih, teruskan menyokong bisnes kecil saya.
“Sekarang ini bela kucing pula untuk terapi diri. Kadang-kadang emosi terganggu juga, jadi bila ada kucing ini, ada lah masa tambahan alih perhatian daripada asyik mendengar khabar tidak baik fasal statistik kes jangkitan dan kematian,” ujar Mona yang menamakan kucingnya Tipah dan Chombie Allen. Utusan
Masa tu tengah baring- Mona Allen
Baca Artikel Menarik :
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib