Vie Zara cantik macam Vie Shanti (Video)

Sebaran :

Vie Zara cantik macam Vie Shanti (Video)

Muat Naik Video Menyanyi, Anak Gadis Eizlan Yusof Dipuji Cantik Persis Ibu

Anak sulung pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Vie Zara menerima perhatian ramai selepas bapanya memuat naik video memaparkan dia sedang menyanyikan lagu Reckless daripada Madison Beer. Selain suara yang merdu, Vie Zara turut dipuji mempunyai rupa paras jelita persis ibunya, Vie Shantie Khan.

Dalam video berdurasi seminit, gadis berumur 13 tahun ini turut dikatakan mempunyai potensi dalam bidang seni seperti bapanya juga. Malah, Eizlan menerusi hantaran itu turut berkata masa berlalu begitu cepat sehingga anak sulungnya ini sudah memasuki alam remaja.

Di kesempatan itu, pelakon ini turut berterima kasih kepada bekas isterinya kerana mendidik anak dengan baik. Di ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat tidak putus-putus meluahkan rasa teruja melihat kecantikan remaja ini. Malah, ada yang berkata kecantikan Vie Zara seperti gadis kacukan dari negara Turki.

Di hantaran lain, Eizlan memuat naik video anak menyanyikan lagu dalam bahasa Arab pula. Menurutnya, memang dari dulu dia teringin tengok anak-anak berbahasa Arab dengan baik. Comel sangat ni!

Apa-apa pun didoakan semoga Vie Zara membesar menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati kepada kedua ibu bapanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Vie Zara cantik macam Vie Shanti (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti


Sebaran :

Leave a Reply