Tauke mengaku ditahan polis dalam kes pemerdagangan manusia

Tauke mengaku ditahan polis dalam kes pemerdagangan manusia

“Kepada Yang Tak Puas Hati, Memang Aku Ditahan..” – Tauke Jambu

Pelawak terkenal, Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria akhirnya mengaku bahawa dia ada ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks, baru-baru ini.



Anggota kumpulan Jambu itu membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya dan kemudian diulang siar oleh isteri, Nadia Mohd Effendi, pada petang tadi.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut.



Ahad lalu, pihak polis memaklumkan bahawa seorang pelawak terkenal telah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam jual beli manusia untuk kegiatan seks dan pelacuran di sebuah hotel bertempat di Kuala Pilah.

Tauke Jambu dan isteriSumber : Google
Sehubungan dengan itu, timbul spekulasi dalam kalangan netizen yang mula ‘memetik’ beberapa nama pelawak termasuklah Tauke Jambu namun dia tampil menafikan sekeras-keras penglibatannya dalam perkara keji itu.

Dilaporkan juga, antara barang dan harta benda yang dirampas dalam serbuan itu adalah sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, wang tunai serta empat telefon pintar. Bn

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



Tauke mengaku ditahan polis dalam kes pemerdagangan manusia

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker