Abby Abadi jawab tuduhan ‘jual’ anak

Sebaran :

Dah anak ni cantik, nak salahkan siapa? – Abby Abadi jawab tuduhan ‘jual’ anak

Pelakon Abby Abadi menjawab tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa dia ‘menjual’ anak kerana kerap menggunakan wajah anak keduanya, Marissa Dania Hakim sebagai pelaris bisnes yang diusahakannya.

Dalam satu hantaran dimuat naik sebentar tadi, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 44, berkata, dia tidak melihat tindakannya salah kerana menggunakan wajah anak sendiri sebagai model.

“Jual anak? Tak, tak. Saya jual cermin mata. Dah tu asyik keluar gambar anak je? Mentang-mentanglah anak cantik. Lah, dah anak ni cantik nak salahkan siapa? Anak orang lain pun ramai cantik-cantik.

“Kita kan meniaga. Apa salahnya suruh anak tolong jadi model untuk barang dijual. Kalau gunakan model lain keluar gambar, sama juga kan? Mencari-cari salah tu kenapa?” soalnya.

Tambah Abby, disebabkan kerap menerima komen yang mempersoalkan tindakannya menggunakan wajah anak sendiri, dia memilih untuk menyekat semua kritikan negatif daripada netizen.

“Geram kan perangai orang kita kalau mencari-cari salah macam ini. Seram, kita sekat terus. Sebab perangai macam ini menakutkan.

“Ada sampai maki hamun kata macam-macam. Memang tak terdaya membalas sebab banyak lagi kerja lain nak buat,” katanya lagi.

Sebelum ini, Abby pernah dituduh bersikap pilih kasih kerana sering melebihkan Marissa berbanding anak bongsunya, Maria Danisha Hakim atau Danisha.

Bagaimanapun jelas Abby, dia jarang berkongsi gambar Danisha disebabkan anak bongsunya tidak gemar bergambar dan sukar diajak membuat video bersama-sama. K Online

Abby Abadi jawab tuduhan ‘jual’ anak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lawan Pengkhianat Dalam Pengkhianatan


Sebaran :

Leave a Reply