Vida Mengamuk Dengan Peserta Protes #Lawan [VIDEO]

Vida mengamuk dengan peserta protes #Lawan (VIDEO)

Awak semua tak takut mati ke? – Datuk Seri Vida

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida mengutuk penglibatan hampir 500 individu dalam protes #lawan yang diadakan dua hari lepas.

Vida atau nama sebenar, Hasmiza Othman menerusi Instagram (IG) meluahkan kekecewaan terhadap peserta protes yang mengambil risiko dengan berhimpun ketika penularan Covid-19.

“Siapa yang gagal sekarang? Kenapa sekarang? Anak muda nak ulang kesilapan sama? Tak kesian ke dekat frontliner kita? Tak takut wabak Corona ke? Varian baharu tak bagi salam dah, tiga minit boleh jangkit terus.

“Ya Allah, apa sudah jadi kenapa nak berhimpun begitu? Tak takut pada varian Delta di udara virus Corona di mana-mana. Awak semua tak takut mati ke? Apa masalah pergi berhimpun ramai-ramai? Kenapa? Adakah perlu berhimpun dalam keadaan begini?” katanya.

Dalam pada itu, Vida turut meluahkan rasa kesal sekiranya protes tersebut mengundang kluster baharu.

VIDEO DIBAWAH:-

“Kita berjuang tak nak Covid-19 merebak, kamu semua pergi berhimpun? Apa ini? Mahu wujud kluster jalanan pula? Sampai bila nak habis Covid? Sampai bila nak kena kurung?,” katanya berang.

Terdahulu, seramai 400 sehingga 450 orang dipercayai menyertai protes #lawan yang diadakan di Dataran Merdeka Sabtu lalu. Utusan

Vida mengamuk dengan peserta protes #Lawan (VIDEO)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wanita dapat suntikan vaksin ‘sanitizer’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker