Nama Tajuddin tiada dalam senarai duta baharu

Nama Tajuddin tiada dalam senarai duta baharu

Teka-teki mengenai status Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar baharu ke Indonesia terjawab apabila namanya tidak digambarkan bagi jawatan itu.

Bayangan tersebut disuarakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah apabila mengesahkan kesemua 24 ketua perwakilan baharu hanya melibatkan pegawai diplomat.

Katanya, tiada calon daripada kalangan tokoh politik tertentu yang dinamakan untuk memegang jawatan itu.

“Senarai calon pesuruhjaya tinggi dan duta besar baharu itu termasuk ke Indonesia dengan kesemua mereka hanya melibatkan kalangan pegawai diplomat kita sendiri,” katanya selepas melancarkan buku Himpunan Genta Rasa di sini tadi.

Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia dilaporkan kosong selepas Datuk Zainal Abidin Bakar yang dilantik pada 21 Mac 2019 kemudian bersara wajib pada 4 April 2021

Kontroversi tercetus apabila Tajuddin disebut sebagai pengganti kerana pernah menyertai lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke republik itu pada tahun lalu.

Bagaimanapun, nama beliau tidak disebut dalam senarai empat penerima watikah pelantikan rasmi duta baharu daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 12 Julai lepas.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, kesemua 24 nama calon itu sudah melalui tapisan akhir di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hanya menunggu masa untuk kelulusan rasmi.

“Setelah itu, nama mereka akan dihantar pula kepada negara terbabit untuk pertimbangan muktamad dan setelah lulus, baru disahkan untuk menerima watikah pelantikan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan senarai berkenaan tidak melibatkan duta baharu ke Amerika Syarikat bagi menggantikan Datuk Azmil Mohd. Zabidi. K Online

Nama Tajuddin tiada dalam senarai duta baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker