Nabila : Drama Queen jadi hos Melodi, dramatik jadinya

Sebaran :

Nabila : Drama Queen jadi hos Melodi, dramatik jadinya

Baru episod pertama memulakan tugas baharu sebagai pengacara rancangan hiburan, Melodi, pelakon berkaliber, Nabila Huda, berjaya mencuri tumpuan penonton setia rancangan tersebut.

Sehubungan itu, bukan itu sahaja, pelakon filem Munafik itu juga dihujani komen-komen positif daripada pengikutnya di Instagram terutama mereka yang tidak pernah terlepas menonton rancangan tersebut.

Menerusi enti Instagram, Nabila sempat memuat naik hantaran foto ketika dia membuat sesi rakaman rancangan itu yang dilakukan secara maya itu.

“Bila ‘Drama Queen’ jadi hos Melodi, memang dramatiklah jadinya. Pelbagai wataklah saya keluarkan.

Menjengah di ruang komen, rata-rata warganet menitipkan semangat dan pujian terhadap tugasan pertamanya itu yang dilihat memberi impak baharu dalam kerjayanya sekaligus kepada rancangan hiburan berkenaan.

“Terbaik, hos macam inilah dinanti-nantikan dan dah lama tak tengok. Bila Kak Nabila jadi hos, terus saya menonton semula rancangan ini.

“Mesti mencabarkan kerana perlu membuat persediaan sendiri dan perlu ingat dialog lagi. Semoga yang terbaik buat Kak Abil dan semuanya dipermudahkan.

“Segar, lain daripada yang lain. Ya, perubahan sukar diterima tetapi lama kelamaan kita akan terbiasa dengan bentuk penyampaian yang baharu. Anggaplah Abil berjuang untuk menaikkan taraf Melodi. Saya suka dengan tenaga, spontan, kelakar serta yakin,” titip pujian pengikut kepada Nabila.

Terdahulu, rancangan hiburan itu sebelum ini dihoskan oleh pengacara dan pelakon terkenal, Awal Ashaari dan Janna Nick. Namun, pada minggu lepas adalah kali terakhir mereka bertugas dan telah digantikan oleh hos terbaharu, Nabila Huda. Utusan

Nabila : Drama Queen jadi hos Melodi, dramatik jadinya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply