Baby Shima : Jangan rasa diri itu malaikat

Sebaran :

Baby Shima : Jangan rasa diri itu malaikat

Penyanyi popular, Baby Shima, meluahkan rasa berang dan kecewa apabila seorang individu telah meninggalkan satu komen yang mempersoalkan mengenai ibadah solatnya, di aplikasi TikTok.

Seterusnya, individu berkenaan menyifatkan tiada guna penyanyi itu melakukan ibadah solat jika masih menayangkan badan menerusi kandungan media di aplikasi berkenaan.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu memuat naik satu video sebagai reaksinya terhadap komen tersebut.

“Seakan-akan kau seorang sahaja yang boleh solat dan tentukan siapa yang sah serta tidak sah solat? Disebabkan fikiran kau yang selalu berfikiran kotor, jika orang yang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor.

“Kau kutuk aku, tetapi aku tengok pengikut kau itu banyak perempuan seksi. Bukan itu namanya munafik? Bukan Shima anti-tegur, Kalau nak tegur, biarlah bertempat dan cermin diri dulu,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia menekankan kepada individu berkenaan agar berhenti menilai seseorang dari segi luaran sahaja.

“Jangan rasa diri itu malaikat, seakan-akan sejak lahir tidak pernah membuat kesalahan tetapi kenyataannya. Selain itu, jangan bertopengkan malaikat di sebalik perangai syaitan kau itu. Cukuplah menilai orang, cuma lihat daripada luaran dia sahaja.

“Disebabkan itu, kau menilai macam-macam, tetapi kau tidak tahu niat seseorang itu,” ujarnya. Utusan

Baby Shima : Jangan rasa diri itu malaikat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan


Sebaran :

Leave a Reply